Friday, April 23, 2010

MENERJAH AWAN BIRU BERSAMA AERMACCHI

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. terbang tinggi bersama pesawat latihan pejuang yang canggih. Setinggi penghargaan kepada bro Mej Stormer kerana sudi terbang bersama. SENTIASA DIANGKASA RAYA..










MENCARI DAMAI ABADI

Manusia yang mencari damai kadang-kadang hanya menemui jalan yang buntu. Banyak yang hanya mendapat kesusahan daripada daripada kedamaian. Apakah rahsianya? mudah sahaja, kita kembali semula kepada fitrah hidup manusia. Fitrah hidup manusia adalah kembali kepada pencipta maksudnya kembali kepada hidup beragama. Hidup beragama mementingkan kawalan hati dan perasaan atas dasar keimanan. Sebagai contoh, hari ini ramai dikalngan kita yang amat suka menerima namun tidak suka pula memberi... Jika kita kembali kepada hidup beragama mana satukah yang yang paling membuatkan manusia bahagia? menerima hadiah atau memberi hadiah? ramai dikalangan kita yang begitu gembira apabila menerima hadiah tak kiralah samaada hadiah itu berbentuk cabutan bertuah mahupun berbentuk sedekah. Namun persoalannya, manakah golongan yang paling bahagia?.
Manusia yang memberi akan mendapat satu palitan cahaya kegembiraan apabila pemberiannya itu bisa membuatkan manusia bahagia. Disamping itu juga golongan yang memberi juga akan diangkat oleh Allah darjatnya bahkan ia memberikan kemuliaan dikalangan umat manusia mahupun dikalangan para makluk Allah yang lain. Manakala golongan yang menerima kadang-kadangnya menerima dengan bukan haknya ataupun menerima dengan sekadar mahu mengurangkan beban hidup, persoalannya sejauhmanakah golongan yang menerima mendapat kebahagiaan? namun percayalah diantara memberi dan menerima Allah akan campakkan dalam diri kita rasa kedamaian jika tergolong adalam golongan pemberi yang ikhlas kerana Allah.