Sunday, October 18, 2009

BARANG-BARANG KEPUNYAAN NABI



Kita yang menyintai nabi perlu mengetahui dengan lebih lanjut personaliti nabi kesayangan kita sama ada rupa paras, perwatakan dan bayak lagi. Walaubagaimanapun walaupun nabi telah lama meninggalkan kita namun, nabi telah meninggalkan kepada kita peninggalan yang paling bernilai iaitu al-Quran dan Hadis kepada kita sebagai panduan hidup manusia. Walaubagaimanapun, kita akan telah ditinggalkan juga barang-barang peninggalan nabi untuk tontonan umat manusia antaranya ialah, Pedang, capal dan rambut nabi.

Sunday, October 11, 2009

ISLAM DAN SAINS

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalamdiri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihatkedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arabdan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangannama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullahs.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dankemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikitgaram menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akanmenghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalahkerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapatmenolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process ofdigestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral daritanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita ituadalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah makalumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiatuntuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garamjuga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalahdengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalangsihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). MembacaBasmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria danracun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca makabakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullahminum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yangmenghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan janganbernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akanbernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kitahembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabilabercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafassehingga habis.
4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belumberkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwinyang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atauantibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerahtulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yangbelum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakalalelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel inisehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang keranaperhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yangbelum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Iniadalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentangkesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodimelawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupundisebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadidengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkanvirus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh DrJamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikitinformasi yang diberikan oleh Mudarisana,
5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak diMekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dariPakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalahbetul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkanperpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidakseperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorangpemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antaralagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

DOME OF ROCK

Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakrha

Sunday, October 4, 2009

FATWA YANG KIAN DILUPAKAN

Fatwa berkenaan dengan pengharaman merokok ini telah lama dipublikasikan oleh kerajaan dimana jawatankuasa majlis hal ehwal agama islam malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah mengeluarkan kenyataan bahawa merokok adalah haram kerana mendatangkan kemudaratan. Walaubagaimanapun pengharamannya mungkin hanyalah sekadar tertulis di kertas sahaja kerana pengamalannya masih lagi tidak wujud. Walaupun kempen kerajaan melalui kementerian kesihatan telah melakukankan pelbagai kempen termasuklah menampalkan pelbagai gambar-gambar exotik dikotak rokok seperti gambar janin, kaki kudung, muka yang tidak mempunyi hidung dan sebagainya. Namun perlu diselitkan pada kotak rokok tersebut " AMARAN DARI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN, MEROKOK ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM". Berhenti merokok kerana anda menyebabkan orang lain menderita.

PERTUNJUKAN UDARA DI PU SUBANG





Pertunjukan yang dijangkakan bemula pada pukul 9 pagi wlaubagaimanapun bermula kira-kira jam 10 pagi dengan pertunjukan solo oleh satu pesawat pejuang sukhoi. Hujan rintik-rintik yang turun bagimanapun tidak mematahkan semangat saya dan keluarga untuk menonton pertunjukan seterusnya oleh pasukan US thunderbirds yang membuat pelbagai formasi yang amat menghiburkan. Ribuan kenderan memenuhi pangkalan, tidak ketinggalan jiga penonton yang menonton dari luar pangkalan. semoga persembahan percuma seperti ini akan dapat dirasai lagi dengan mempertontonkan lebih banyak aksi daripada pesawat negara kita sendiri.

Thursday, October 1, 2009

INFO KESIHATAN (HABBATUSSAUDA')

Erti Habbatus Sauda
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka,Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
Antiarthritis, mengubati reumatik.
Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
Antiseptik, mengubati bau mulut.
Antivirus, mengubati demam dan flu.
Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
Nematocidal, mengubati cacing pita.
Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.
Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.
Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.
Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

TSUNAMI DI SAMOA



PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kerosakan yang melanda Hihifo di bahagian barat Tonga selepas dilanda tsunami.
APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika - sebuah wilayah AS – dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu. Rakaman televisyen memaparkan rumah rosak teruk, kenderaan dihanyut ke dalam laut atau tersangkut di atas pokok dan bot nelayan tercampak ke darat akibat dipukul ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.0 Richter 20 minit sebelumnya, awal pagi semalam.
Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, berkata sekurang-kurangnya 60 orang terkorban di Samoa Barat, manakala pegawai pasukan bantuan bencana berkata jumlah kematian mungkin naik setinggi 100 orang. Sebanyak 20 kampung di pulau Upolu mengalami kerosakan teruk, termasuk Lepa iaitu kampung perdana menteri Samoa. Suasana panik dan keliru dilaporkan berlaku selepas gempa bumi kuat itu.
Remaja lelaki mengetuk tin minyak untuk memberi amaran kepada penduduk supaya lari ke kawasan tinggi. "Kami segera menaiki kenderaan untuk melarikan diri tetapi ketika itu jalan sudah pun sesak," kata pegawai pelancongan Samoa Amerika, David Vaeafe kepada Sky News dari Barat Samoa, kira-kira 100 kilometer dari wilayah Amerika Syarikat itu. Di ibu kota Samoa Amerika, Pago Pago ditenggelami air, kilang mengetin ikan juga dilanda gelombang, jalan di lapangan terbang juga teruk rosak dan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar wilayah Amerika Syarikat itu. "Pekerja berkata mereka diberikan amaran tiga minit sebelum air deras melanda. Penduduk berkata seluruh bandar itu musnah," kata Vaeafe.
"Beberapa bot nelayan belayar jauh ke laut untuk diselamatkan tetapi ada juga bot yang dihanyutkan ke pantai. Penduduk masih lagi terkejut dengan kejadian ini." Ketika lalu lintas di Samoa dilaporkan sesak, seorang pelancong asing menyifatkan beliau terselamat dari chalet di tepi laut yang terkenal dengan hotel dan resort. Laporan menyebut seluruh kampung berkenaan dihanyutkan gelombang berkenaan. "Ombak besar datang dan kami berlari ke arah van," kata seorang wanita New Zealand kepada Sky TV. "Kami cuba membuka pintu van tetapi dan ombak besar itu mengenai kami." Pelancong asing lain berkata: "Kebanyakan kereta berlanggar dan remuk. Ia seperti satu bencana laut." Ken Mariner, yang tinggal berhampiran ibu negara Barat Samoa, Apia berkata kira-kira 1,500 penduduk berhimpun di sebuah pusat perpindahan tidak jauh dari rumahnya selepas kejadian gempa bumi berkenaan. "Ia amat teruk. Kami berdiri di bawah tangga di rumah, dan boleh mendengar rangka gambar dan barangan lain jatuh dari dinding rumah," kata Mariner kepada Perbadanan Penyiaran Australia. "Kami mendapati dua pokok besar bergoyang seperti seseorang menggoyangkan pokok kecil. Ia amat menakutkan." Wanita lain memberitahu beliau bercakap kepada seorang saudaranya melalui telefon apabila tsunami itu datang. "Katanya, Ada tsunami datang, saya boleh lihatnya." Saya hanya boleh mendengar jeritan dan suara kanak-kanak sebelum talian terputus," kata Lisa Winterstein kepada Sky. – SUMBER-BERITA HARIAN

GEMPA DI SUMATERA

JAKARTA: Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang. Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa.
Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatana Indonesia, Rustam Pakaya, berkata sehingga pagi ini ribuan orang terperangkap di bawah runtuhan. Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, memberitahu sidang media lewat malam tadi bahawa angka korban dijangka meningkat kerana banyak bangunan runtuh. “Bangunan besar sudah runtuh. Bangunan konkrit semuanya runtuh, hospital, pasar utama runtuh dan terbakar," katanya. SUMBER- BERITA HARIAN

HIBURAN DALAM ISLAM

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN
3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Takrif
3.1.2 Program Hiburan
3.1.3 Persembahan Muzik
3.1.4 Lirik Lagu
3.1.5 Persembahan Artis
3.1.6 Persembahan Tarian
3.1.7 Tanggungjawab Penganjur
3.1.8 Kesimpulan
3.2 Takrif
3.2.1 Hiburan
Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
3.2.2 Nyanyian
Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
3.2.3 Muzik
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).
3.2.4 Tarian
Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).


4. GARIS PANDUAN
Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;
a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
b) Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.
c) Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
d) Persembahan Artis
i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.
e) Persembahan Tarian
i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
f) Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. Kesimpulan
Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

RUJUKAN
1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.
2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.
4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.
7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)
[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-FiqhIhiyyah)
Sumber : Pengarah Bahagian Editor : PRO JAKIM Hits : 8197