SEMUSIM PERSAHABATAN SEUMUR INGATAN
Sunday, December 6, 2009
Wednesday, December 2, 2009
SEHARI DIPERTUNJUKAN LIMA LANGKAWI
2 Dis 2009, Seawal jam 4.30 pagi dengan semangat ingin melihat pertunjukan udara dan maritim di Langkawi telah mengejutkan saya dari tidur untuk satu perjalanan ke Pulau langkawi. Manakala jam 5 pagi saya telah bergegas ke Cawang Pergerakan Udara untuk pelepasan. Lebih kurang jam 6.50 pagi baru pesawat charlie 130 sampai dari Subang dan membawa kami ke lapangan terbang Langkawi. Walaubagaimanapun, malangnya seramai 15 orang anggota TUDM kuantan tidak dapat bersama-sama kami dalam perjalanan ini kerana terlebih muatan penumpang. Kira-kira jam 8.00 pagi kami sampai ke Langkawai dengan tidak sempat mendengar taklimat daripada sekretariat disana kerana kesibukan pihak mereka. namun jam 8.30 pagi kami sempat hadir program TUDM bersamamu TV3 dengan Panglima Tentera Udara sebagai jemputan. Lawatan ke gerai-gerai pameran begitu mengujakan dengan penyertaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat pertahanan dari dalam dan luar negara disamping gerai pameran daripada pihak TUDM sendiri.
kira-kira jam 10 pagi, pertunjukan udara bermula dengan aksi pertama oleh pesawat MIG 29N oleh tim daripada 17/19 sqn. Kemudian diikuti dengan pesawat sukhoi, aermacci, apachee Longbow serta pesawat-pesawat yang lain.
Dalam kesibukan itu sempat jua saya membeli belah di pekan Kuah dengan membeli beberapa buah tangan seperti coklat serta beberapa cenderahati untuk keluarga. Disebelah petang pula kami sempat ke Awana Porto Malai untuk melihat beberapa buah kapal perang termasuk kapal selam scorpene yang berlabuh disana. Sehingga jam 1830 petang kami telah bergerak pulang ke Kuantan dan tiba lebih kurang jam 1940 malam.
Menonton pameran yang hadir 2 tahun sekali ini sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat malaysia, namun apa yang nyata kali ini, dilihat pameran kali ini agak kurang meriah kerana kurangnya penyertaan pesawat-pesawat udara yang amat dinantikan seperti kumpulan akrobatik red arrow, thunderbirds dan banyak lagi. Lebih -lebih lagi pertunjukan udara kali ni lebih kepad persembahan pesawat solo yang kurang mengujakan. Walau apapun sebagai rakyat Malaysia saya rasa agak bertuah kerana malaysia tidak pernah terlepas menganjurkan pertunjukan ini walaupun keadaan ekonomi yang kurang stabil. Saksikan beberapa bingkisan daripada sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)