Tanggal 18 Mei 2010, satu perjalanan yang agak panjang beserta flight yang delay selama sejam, perjalanan yang dijangka bermula pada pukul 1845H hanya bermula kira-kira jam 1945 petang. Namun, perjalanan pada kali ini amat mencabar kerana cuaca yang kurang enak disamping gangguan pendaratan yang agak teruk (wanita mengandung mungkin boleh gugur). Perjalan ke Labuan pada kali ni membawa misi perbincangan berkenaan program semarak rohani ATM serta mensyuarat koordinasi tilawah al-quran peringkat TUDM yang dijangkakan akan dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan.
Kepada tuan rumah, Kapt Syed Akhiruddin dan Kapt Norizan seuntai ucapan terima kasih diatas layanan anda. Walaupun misi kali ni tak lama namun, kami rasakan program yang akan dilaksanakan kali ni amat mencabar pihak pimpinan TUDM diatas program sulung semarak rohani pada tahun ini. terima kasih atas segala nya.. Labuan, pasti ku kembali lagi.. Insyaallah mesyuarat koordinasi kedua.
No comments:
Post a Comment