Tuesday, September 29, 2009

FAKTA KESIHATAN (KELEBIHAN BUAH- BUAHAN)

Kiwi fruit stands out among cut fruits with its semi-translucent emerald green pulp speckled with white veins and lots of small black seeds. However, the furry brownish outer skin may deter one from buying the fruit. These emerald delights contain numerous phytonutrients as well as vitamins and minerals that promote our health.The fruit pulp has a refreshing taste reminiscent of strawberries, melons and bananas, but with its own unique sweet flavour. It is packed with more vitamin C than an equivalent amount of orange. A medium-sized fruit (66g) has 70mg of vitamin C whereas a medium-sized orange (140g) has 82mg (USDA National Nutrient Database 2005).With its vitamin C content, regular consumption of kiwi fruit helps our immune system. Adequate intake of vitamin C has been shown to be helpful in reducing the severity of conditions like osteoarthritis, rheumatoid arthritis, asthma and for preventing recurrent ear infections.Furthermore, the flavonoids, carotenoids and the fat-soluble antioxidants vitamins E and A present in kiwi fruit are well known for antioxidant activities. Antioxidants reduce respiratory-related health problems such as wheezing, shortness of breath or night coughing in young children.AntioxidantsFoods rich in vitamin E are often associated with things that have high oil content such as almond, hazel nut or sesame and sunflower seeds. Fruits such as apple, orange and pear are low in the vitamin except avocado, kiwi fruit, blackberries and papaya, which are known to have a substantial quantity of vitamin E.In addition to its antioxidant activity, vitamin E protects our skin from being harmed by ultraviolet light. Furthermore, the dietary fibres in the fruit help in regulating cholesterol levels. The fibres also bind and remove toxins from the colon, which is helpful for preventing colon cancer.Kiwi fruit’s glycemix index is 53 compared with banana’s 54, grape’s 59, mango’s 40-60, watermelon’s 72, apple’s and pear’s 38 and orange’s 44. Eating foods with a glycemix index value below 55 will not raise blood sugar rapidly.The fruit also supplies the minerals - potassium, magnesium, copper and phosphorous that help regulate blood pressure, maintain hair and skin colour as well as healthy bones and connective tissues.In a study reported in Platelets (Aug, 2004), people who ate two to three kiwi fruits per day for 28 days reduced their platelet aggregation response (potential for blood clot formation) by 18% compared to people who ate no kiwi fruit. In addition, their triglycerides (blood fats) level dropped by 15%. Kiwi fruit is now also known as a delicious fruit with blood-thinning properties. Together with its vitamin C and E content and other phytonutrients, which function individually or in concert, eating the fruit regularly protects the heart.Kiwi fruits contain oxalates. When oxalates become too concentrated in body fluids, they can crystallise and cause health problems. People with kidney or gallbladder problems may want to avoid eating kiwi fruit.Oxalates also interfere with absorption of calcium in the body. Eating kiwi fruit regularly is not suitable for people with low bone mineral density who want to increase their calcium stores. If you are taking calcium supplements, eat kiwi fruit two to three hours before or after taking the supplements.People who are allergic to fruits such as papaya or pineapple are likely to be allergic to kiwi fruit too. Kiwi fruits contain the enzyme actinidin to which some people are allergic. They may suffer rashes or other uncomfortable symptoms.China OriginKiwi fruit is a native plant of China that bears many common names such as monkey, goat or hairy peach. Its scientific name is Actinidia chinenesis. The seeds were sent to New Zealand in the early 20th century.It was only in the 1960s that the fruit was commercialised and named Chinese gooseberries. It was renamed “kiwi fruit” in honour of the native bird of New Zealand. The kiwi bird has a brown fuzzy coat resembling the skin of this unique fruit.It is best to eat cut kiwi fruit immediately. If you leave the cut fruit standing aside for a while, the enzyme actinic produces bromic acid and makes the fruit overly soft and soggy. If you use it in a fruit salad, add kiwi fruit just before serving. Otherwise, it would also “tenderise” other fruits and make them soggy.When mixing the fruit with milk or other dairy products, the enzyme actinidin dissolves the milk proteins and leaves an unpleasant taste. This makes the fruit unsuitable for use in desserts containing milk.When selecting kiwi fruits, hold them between your thumb and forefinger and gently apply pressure, if the fruits do not yield they are not yet ready to be consumed.Store the ripe fruit away from other fruits and vegetables such as apples, pears and potatoes for all these emit ethylene gas, which will cause the kiwifruit to become overripe quickly. info by- http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/02/kiwi-goodness.html

Monday, September 28, 2009

HARI RAYA DIRUMAH UWAN PADANG LEBAR

Hari raya pertama didahului dengan acara tahlil dan doa arwah khusus untuk arwah atuk yang telah kembali kerahmatullah kira-kira 10 tahun yang lalu. al-fatihah..

MALAM HARI RAYA


Malam hari raya macam biasa rumah kami akan dikunjungi oleh ahli jemaah daripada surau berdekatan. Rumah kami merupakan rumah yang pertama kerana imam pada malam tersebut adalah Ustaz Rahim al-hafiz abang ipar kami. Oleh itu kebiasaannya selepas solat isya' rumah kami merupakan destinasi pertama mereka. Tahun ni lebih meriah dengan penyertaan daripada kanak-kanak kampung ulu ladang.

PAGI SATU SYAWAL




Wednesday, September 16, 2009

JANGAN KITA LUPA...

Hari raya bakal menjelang tiba, namun apa yang penting apakah kita telah menunaikan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Islam. Apakah kita telah membayar zakat fitrah untuk tahun ini? adakah kita masih lagi mahu menunggu saat-saat akhir iaitu ketika masuk 1 Syawal baru kita mahu melaksanakannya. Saya masih lagi teringat ketika menjadi amil di 7 RAMD, ramai dikalangan anggota masih mencari-cari ustaz ketika tengah bertakbir raya. Namun ramai juga dikalangan anggota tak berkesempatan untuk membayar zakat pada tahun tersebut.
Biasanya Ustaz Pasukan akan mengutip hasil zakat fitrah ketika pembayaran EMT dilakukan, namun kadang-kadang tu menimbulkan kesedihan dihati ada anggota sengaja tidak mahu membayar zakat seakan-akan mengelak daripada membayarnya. Namun, ada segelintir OC yang amat saya kagum kepada mereka kerana mewajibkan anggota membayar zakat (walaupun hukumnya dah memang wajib) ketika EMT dibayar dengan mencatat nama dibuku catatan Kompeni masing-masing. Seperkara lagi adalah berkenaan dengan fidyah, iaitu denda yang sepatutnya dibayar oleh seseorang yang mukallaf untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayarannya adalah sebanyak secupak sehari yang ditinggalkan. Semakin banyak hari yang ditinggalkan pada tahun itu maka tahun berikutnya akan digandakan lagi. ia adalah perkara biasa bagi umat islam yang mana perkara-perkara yang mesti di langsaikan sebelum berakhirnya ramadan.

sedikit maklumat mengenai zakat fitrah:

1. Waktu membayar zakat.
a) Waktu yang membolehkan iaitu,dari awal ramadan hingga akhir ramadan.
b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari akhir ramadan.
c) Waktu yang afdal adalah selepas sembahyang subuh awal ramadan sehingga sebelum sembahyang sunat hari raya.
d) Waktu makruh adalah selepas sembahyang hari raya sehingga tibanya waktu maghrib.
- selepas tu takde lah...
2. Kadar bayaran.
a) kadar bayaran mengikut harga asal iaitu 1 gantang beras baghdad makanan asasi seperti beras atau gandum.
b) Mengikut sukatan /timbangan sebanyak 2.27 kg
c) Nilai kadar semasa yang telah ditetapkan oleh majlis agama islam negeri setempat.
Semoga kita sama-sama menunaikan ibadah wajib ini kerana hakikat kewajibannya seperti firman Allah yang bermaksud: Ambillah sebahagian dari harta mereka itu menjadi sedekah supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) . Selamat hari raya aidil fitri Maaf zahir batin.

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


kalau dilipek sebosa kuku,

kalau dibontang sebosa alam,

kok hilang dicaghi,

kok hanyut dipinteh,

kok tonggolam disolam,

datang bia lah nampak muko,

kok poie biarlah nampak belakang,

jauh di imbau,

dokek digamit,

seuntai salam,

sejambak kato,

dogup bicagho,

meghisik raso,

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA SERTA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEMOGA KETIBAAN SYAWAL AKAN MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA SEMUA

Sunday, September 13, 2009

TERINGAT ZAMAN DULU-DULU

MALAM MESRA JABATAN SYARIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM TAHUN 1999
MOCK DAN MOOT TRIAL DI MAHKAMAH UKM TAHUN 2000 UKM BANGI

AHLI LEMBAGA PENGARAH SEKRETARIAT PESTA KONVO 1-4 JUL 1999 UKM SEBAGAI PENGARAH TEKNIKAL





HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN

KITA umat Islam pada masa ini telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadan. Inilah saat dan ketikanya bagi kita merebut peluang terakhir untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat demi memperoleh ganjaran yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah usaha kita dalam menghayati dan menjalani ibadat puasa kerana kita tidak tahu sama ada kita akan dipertemukan dengan Ramadan akan datang ataupun tidak.
Dengan berakhirnya Ramadan yang mubarak ini, umat Islam akan meraikan kedatangan bulan Syawal. Sudah tentu kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangannya, dalam masa yang sama kita merasa sedih untuk meninggalkan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Pada masa ini tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia, antaranya keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan Hari Raya agar sentiasa dalam suasana gembira.
Perlu diingat dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, janganlah kita lalai dan alpa tentang kewajipan yang perlu kita laksanakan, iaitu membayar zakat, khususnya zakat fitrah. Kewajipan itu adalah merupakan pelengkap ibadat puasa kita dan juga sebagai penutup kepada kecacatan-kecacatan yang berlaku dalam kita mengerjakan ibadat puasa.
Dalam keadaan kita sibuk membuat persiapan Hari Raya ini, kita perlulah mengamalkan sifat kesederhanaan dan tidak bermegah-megah sehingga membawa kepada sifat riak dan pembaziran. Allah s.w.t mengingatkan bahawa orang-orang yang membazir itu adalah bersaudara dengan syaitan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampauampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Israa’: 26-27)
Sebenarnya, kita menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan bagi mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, Islam menggariskan panduan tentang cara bagaimana merayakan Hari Raya bagi umatnya agar semua yang dilakukan itu tetap menjadi ibadah.
Dalam kita menyambut malam Hari Raya pertama, kita disunatkan menghidupkannya dengan memuji kebesaran Allah s.w.t dengan melafazkan kalimah-kalimah takbir, di samping kita terus-menerus menghidupkannya dengan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan sebagainya. Akan tetapi janganlah kita merayakan malam Hari Raya tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan serta mengganggu ketenteraman orang lain. Dan elakkanlah daripada membuat persiapan di saat-saat akhir sehingga larut malam yang boleh menjejaskan peluang untuk bersembahyang sunat Aidilfitri di pagi raya.
Perlulah diketahui bahawa terdapat beberapa amalan sunat yang perlu dilakukan pada pagi Hari Raya seperti disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Di samping itu, kita disunatkan memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Manakala perkara yang paling penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita menyambut Hari Raya ialah menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Daripada Al-Barra’ ia berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Sebagaimana kelaziman yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah dengan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Dalam hal ini, apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhram, memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata, menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat daripada Allah s.w.t.
Pada kesempatan penghujung Ramadan ini, marilah kita sama-sama berusaha menggunakan kesempatan yang ada untuk lebih mempertingkatkan lagi ibadat kepada Allah s.w.t khususnya ibadat puasa dan kelebihan-kelebihan yang ada padanya, iaitu dengan mematuhi segala adab dan peraturan dalam kita mengerjakan ibadat tersebut, agar kita dapat merasakan kenikmatan berpuasa dan berhari raya yang sebenar-benarnya.
Akhirnya, marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan, Hari Raya yang akan menjelang ini dengan mentaati apa yang telah dianjurkan oleh agama Islam. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah s.w.t, dan mudah-mudahan kita semua mendapat berkat dan rahmat serta keampunan daripada Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali-Imran: 133)

Wednesday, September 9, 2009

SAMBUT RAMADAN DENGAN SYUKUR

RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.
Matlamat Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan. Ramadan ialah perkataan Arab dari kata dasar “Ramada” yang membawa dua pengertian: Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang ke sembilan takwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.
Kedua: Ada yang mentafsirkan Ramadan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air di dalam tubuh badan lantaran berpuasa di samping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas, begitu juga cuaca di kebanyakan negara Islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadan. Namun begitu maksud yang tersirat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian di samping penghidupan kita.
Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.
Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.” Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.
Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat. Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.
Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut.

Monday, September 7, 2009

HAK WANITA DALAM ISLAM BAHAGIAN 4 (HARTA SEPENCARIAN)


Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia.
Dalam Al-Quran ada menyebut: “Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”. (Surah An-Nisaa’ : 32)
Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan. Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai: “Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan: “Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak”.
Satu contoh kes di mana sepasang suami isteri memperolehi harta semasa berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang timbul ialah bagaimana prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang Arif Datok wan Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan kes Anita binti Abdullah lwqn Zainuddin bin Hj. Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:
Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka hasil itu terpulang kepadanya;
Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, mereka dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta itu dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah dibahagikan sama banyak juga. Jika salah seorang enggan bersumpah, maka harta itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika salah seorang atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu dipertanggungjawabkan ke atas waris si mati sekiranya waris itu menuntut.
Jika berlaku adat kebiasaaan bahawa salah seorang daripada suami isteri itu berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan pembahagian hendaklah mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati maka pembahagiannya adalah seperti (a) dan (b) di atas.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan bagi kes Mansjur lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.) tentang harta sepencarian menyatakan: “Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian harta seperncarian, jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan kepada hakim yang menggunakan budibicaranya”. Ini bermakna hakim akan membuat keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya”.
Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan seseorang isteri yang hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut harta sepencarian? Dalam kes Boto’ binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat harta sepencarian. Fakta kesnya adalah seperti berikut:
Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian dari bekas suaminya separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan. Harta-harta itu termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan (gerai tempat menjual ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin dengan pihak yang kena tuntut (suami) pihak yang menuntut telah meninggalkan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoren dan bertugas sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas suami. Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan:
“Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh tu adalah kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian”.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978, Jld. 1, 2 J.H.) mengenai harta sepencarian: “Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak mendapat orang gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami”.
Ini bermakna seseorang suri rumahtangga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya.

Thursday, September 3, 2009

KAPAL SELAM PERTAMA NEGARA


PELABUHAN KLANG: Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di sini hari ini. Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM; Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jen Tan Sri Azizan Ariffin; Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan anggota keluarga anak kapal KD TAR.
KD TAR, yang dikendali oleh 32 orang pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmey Ithnain merapat ke jeti pada 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai-lambai ke arah orang ramai. Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Panglima ATM, Panglima TLDM dan Ketua Polis Negara kemudiannya diiring masuk melawat ke dalam kapal selam pertama negara itu. Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu. SUMBER- BERITA HARIAN

Wednesday, September 2, 2009

NUZUL AL-QURAN SERTA LAILATUL QADAR

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). SUMBER- JAKIM

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SQN 103 PROVOS

Majilis berbuka puasa disertai dengan pemakaian pangkat anggota.

PERINTAH ULUNG PENGARAH KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT)


Alhamdulillah, saya merafakkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, dengan kudrat, iradah dan izinNya, saya telah dipilih untuk menerajui KAGAT selaku Pengarahnya yang ke-4. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan seluruh kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan KAGAT yang lalu. Saya amat berterima kasih kepada mantan-mantan Pengarah KAGAT yang terdahulu, khususnya Yang Berhormat Senator Mej Jen (B) Dato’ Haji Jamil Khir bin Baharom yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya berazam meneruskan misi dan visi yang telah digariskan oleh pimpinan-pimpinan terdahulu bagi memastikan KAGAT akan terus cemerlang dan sentiasa berada di landasan yang betul selaras dengan matlamat penubuhannya .
Dalam memastikan misi, visi dan objektif organisasi tercapai di tahap maksima, kefahaman yang jelas dan mendalam mengenai matlamat penubuhan sesuatu organisasi adalah amat penting. Justeru, saya suka menarik perhatian seluruh warga kor bahawa matlamat kewujudan atau core bussiness KAGAT adalah untuk memberi pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan yang sistematik, efektif dan effisien kepada seluruh warga ATM. Lantaran itu, hala tuju dan seluruh gerak kerja KAGAT perlu menjurus kepada matlamat tersebut selari dengan kehendak dan harapan ATM itu sendiri.

Saudara-saudari warga KAGAT yang dikasihi sekalian,

Selaku Pengarah KAGAT, saya berkeinginan tinggi untuk memenuhi aspirasi ATM agar KAGAT menjadi penjana pembangunan kecemerlangan modal insan ATM dan berupaya menyumbang kepada peningkatan spiritual combat power yang merupakan komponen penting dalam pembentukan ATM. Bagi menjamin wadah tersebut tercapai, saya menggariskan dua teras berikut untuk dipraktikkan oleh seluruh warga KAGAT:

PERTAMA : PENGURUSAN STRATEGIK

Bekerja berasaskan plan perancangan pembangunan keagamaan yang strategik, bersepadu dan komprehensif yang digubal dan disusuli dengan mewujud dan menambah baik semua arahan dan prosedur pelaksanaan tugas dan pentadbiran KAGAT yang lebih bersistematik dan berkesan. Bekerja secara proaktif dengan menganalisis, menyemak dan mengemaskini kualiti perkhidmatan bagi memenuhi hasrat dan inspirasi pucuk pimpinan tertinggi ATM agar menjadikan KAGAT sebagai Penjana Kecemerlangan Pembangunan Kerohanian Modal Insan ATM.

KEDUA: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME SUMBER MANUSIA KAGAT

Membangunkan barisan kepimpinan padu yang mampu bergerak menuju satu matlamat dan wawasan. Barisan kepimpinan dan tenaga penggerak operasi yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan dapat mengawal emosi dalam semua keadaan dan situasi. Bagi merealisasikan teras ini, seluruh jentera KAGAT hendaklah memahami, menjiwai dan membudayakan prinsip 9K dalam gerak kerja harian masing-masing:


1. KEPERIBADIAN MULIA (HUSNUL-KHULUQ - NOBLE CHARACTER). Pelaksanaan gerak kerja seharian hendaklah berteraskan konsep iman dan takwa dan dilaksanakan dengan penuh hikmah serta keikhlasan demi mencapai keredaan Allah SWT. Sahsiah diri selaku `Daie askari’ atau pendakwah tentera yang akur kepada sistem dan budaya kerja tentera perlu dihayati bersungguh-sungguh oleh semua peringkat warga KAGAT.


2. KEFAQIHAN AGAMA (TAFAQQUH FIDDIN – RELIGIOUS EXPERTISE). Sabda Nabi SAW: ``Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, akan dianugerahkan kefaqihan (kepakaran) dalam bidang agama” (Hadith, Al Bukhari). Warga KAGAT perlu memiliki kefaqihan atau kefahaman yang mendalam dalam bidang agama dan mempertingkat ilmu-ilmu semasa, khasnya yang berkaitan teknologi maklumat atau ICT bagi menjamin keupayaan melaksanakan tanggungjawab selaku penasihat agama yang dinamik dan berkesan.

3. KEPELBAGAIAN KEBIJAKSANAAN (AL-HIKMAH FI AL-DAKWAH – MULTIPLE INTELIGENCE). Daie-Askari’ (Pendakwah tentera) yang cemerlang seharusnya mampu mengeluarkan idea yang bernas, berfikiran kreatif, kritis, bersifat terbuka dan berhikmah dalam penyampaian dakwah. Pedoman kebijaksanaan hendaklah berteraskan neraca al-Quran dan al-Hadis di samping bantuan ilmu kontemporari serta maklumat-maklumat semasa yang berkembang pesat dalam era globalisasi masa kini.

4. KESEIMBANGAN KECERDASAN (TAWAZUN AN- NASYIT -ESQ BALANCED). Ulama tasawuf terdahulu serta Imam Al-Ghazali menerusi tulisannya di dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin, menekankan kepada umat Islam supaya memiliki keseimbangan peribadi dan kecerdasan khasnya di segi emosi dan rohani (ESQ – Balanced) sebagai pelengkap kepada kecerdasan pemikiran dalam menuju ke arah kesempurnaan insan (insan kamil). ESQ Balanced adalah pembangunan potensi seluruh kecerdasan dari segi pemikiran (IQ) Emosi (EQ) dan rohani (SQ) secara holistik dan seimbang.

5. KOMITMEN TUGAS (AL-ITQAN FIL AMAL - JOB COMMITMENT). Sabda Rasulullah SAW: ``Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadith riwayat al-Baihaqi). Setiap warga KAGAT hendaklah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, ketekunan dan akauntabiliti serta mengutama kepentingan organisasi.

6. KESATUAN (WAHDAH FIKR, WAL-GHAYAH- UNITY). Bibit perpecahan hendaklah dibendung, hubungan silaturrahim perlu dieratkan dan semangat kesatuan dan perkongsian perlu diwujudkan dalam organisasi. Rapatkan jurang perbezaan yang ada dan semarakkanlah kesatuan fikrah dan hala tuju dalam mencapai matlamat perjuangan yang ditetapkan demi keredaan Ilahi dan keutuhan kor.

7. KESEDERHANAAN (WASATIYAH – MODERATE). Berpegang kepada konsep kesederhanaan (moderate/wasatiyah) di dalam menetapkan hukum, sikap dan pendirian. Elakkan bersikap keterlaluan (`exstreme’), sikap terburu-buru dan terlalu cepat menetapkan hukum haram. Jangan menjadikan sesuatu hukum yang terlalu ketat atau `rigid’ peraturannya sehingga tidak memberikan jalan keluar kepada permasalahan yang dihadapi. Islam adalah agama wasatiah, penyelesai segala kesulitan .

8. KEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN (TAQWIYAH SYU’UN AL- IDARAH - ESTABLISHED MANAGEMENT SYSTEM). Pengurusan pendidikan dan perkhidmatan keagamaan perlu diadun secara sistematik dan berintegriti berasaskan piawaian MS ISO 9001:2000 dan aplikasi sistem Balanced Scorecard ATM. Segala peraturan, prosedur mahupun diskripsi yang berkaitan hendaklah dipatuhi bagi memasti kemantapan sistem pengurusan dapat diperkasakan.

9. KEPUASAN PELANGGAN (RIDHA AL- `UMALA’ - CUSTOMER SATISFACTION. Perkhidmatan berorientasikan pelanggan hendaklah dilaksanakan demi menentukan kerja-kerja dakwah yang dilakukan berkesan terhadap sasaran. Etika terpenting perlu diberi perhatian ialah nilai takwa, amanah, adil, rajin, tekun, sentiasa memuliakan (ikram) orang lain serta berpegang falsafah “do it right the first time and never settle for less than the best “ dalam diri.

Bermula dari detik ini, marilah bersama-sama kita membudayakan prinsip 9K dalam organisasi KAGAT, melangkah dengan penuh semangat, dalam satu barisan yang padu dengan tekad dan azam yang membara demi memperjuangkan satu visi, satu hala tuju dan satu matlamat ke arah ”Menjadikan KAGAT lebih gemilang dalam memikul tugas selaku penjana pembangunan kecemerlangan kerohanian modal insan ATM.” Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



BRIG JEN HJ KAMARUDIN BIN HJ MAMAT Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera

REWARDS OF FASTING

Every act of goodness is rewarded. Rewards are given based on the sincerity of the intention. Fasting is the only worship about which Allah has said that He Himself is the reward for it. This means that one develops such a close relationship with Allah that Allah Himself becomes the helper.
Abu Hurairah relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "Allah, the Lord of Honor and glory says: All other deeds of man are for himself, but his fasting is purely for Me and I shall reward him for it. The fast is a shield. When any of you is fasting he should abstain from loose talk and noisy exchanges. Should anyone revile him or seek to pick a quarrel with him, he should respond with: I am observing a fast. By Him in Whose hands is the life of Muhammad, the breath of one who is fasting is purer in the sight of Allah than the fragrance of musk. One who fasts experiences two joys: he is joyful when he breaks his fast, and he is joyful by virtue of his fast when he meets his Lord" (Bukhari and Muslim).
Sa'ad ibn Sahl relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "There is a gate of Paradise called Rayyan through which only those will enter on the Day of Judgment who are regular in observing the fast and no one else. A call will go forth: Where are those who observed the fast regularly? And they will step forth and no one beside them will enter through that gate. After they shall have entered, the gate will be closed and no one else will enter thereby" (Bokhari and Muslim).
Abu Sa'id Khudri relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "When a servant of Allah observes the fast for a day for the sake of Allah, He thereby repels the Fire from him a distance of seventy years of journeying" (Bokhari and Muslim).
Abu Hurairah relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "He who observes the fast during Ramadhan out of sincerity of faith and in hope of earning merit will have his past sins forgiven him" (Bokhari and Muslim).
Abu Hurairah relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "When Ramadhan arrives the gates of Paradise are opened and the gates of hell are locked up and satans are put in chains" (Bokhari and Muslim).

Tuesday, September 1, 2009

HAK WANITA DALAM ISLAM (BAHAGIAN 3)

Tuntutan Nafkah Eddah
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat:
a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda, “Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i) Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt: “Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya”. ( Surah At-Talaq: 6)
Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu lahir. Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi penderitaan di mana kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.
c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada saw mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan: “Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat nafkah kerana Allah swt berfirman: “Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaaan kamu”. (Surah At-Talak : 6)
Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat nafkah.
d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan: “Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”. (Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.
e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 menyatakan: “Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.
Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:
“Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah: “Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman Al-Jazini menerangkan : “Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung”.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan: “Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput”, berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ; “Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya”.
Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.

SEMUSIM PERSAHABATAN SEUMUR INGATAN

Bersama sahabat yang bersama-sama susah dan senang di UKM sessi 98/01. Kini masing-masing telah berkeluarga.