Hari raya bakal menjelang tiba, namun apa yang penting apakah kita telah menunaikan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Islam. Apakah kita telah membayar zakat fitrah untuk tahun ini? adakah kita masih lagi mahu menunggu saat-saat akhir iaitu ketika masuk 1 Syawal baru kita mahu melaksanakannya. Saya masih lagi teringat ketika menjadi amil di 7 RAMD, ramai dikalangan anggota masih mencari-cari ustaz ketika tengah bertakbir raya. Namun ramai juga dikalangan anggota tak berkesempatan untuk membayar zakat pada tahun tersebut.
Biasanya Ustaz Pasukan akan mengutip hasil zakat fitrah ketika pembayaran EMT dilakukan, namun kadang-kadang tu menimbulkan kesedihan dihati ada anggota sengaja tidak mahu membayar zakat seakan-akan mengelak daripada membayarnya. Namun, ada segelintir OC yang amat saya kagum kepada mereka kerana mewajibkan anggota membayar zakat (walaupun hukumnya dah memang wajib) ketika EMT dibayar dengan mencatat nama dibuku catatan Kompeni masing-masing. Seperkara lagi adalah berkenaan dengan fidyah, iaitu denda yang sepatutnya dibayar oleh seseorang yang mukallaf untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayarannya adalah sebanyak secupak sehari yang ditinggalkan. Semakin banyak hari yang ditinggalkan pada tahun itu maka tahun berikutnya akan digandakan lagi. ia adalah perkara biasa bagi umat islam yang mana perkara-perkara yang mesti di langsaikan sebelum berakhirnya ramadan.
sedikit maklumat mengenai zakat fitrah:
1. Waktu membayar zakat.
a) Waktu yang membolehkan iaitu,dari awal ramadan hingga akhir ramadan.
b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari akhir ramadan.
c) Waktu yang afdal adalah selepas sembahyang subuh awal ramadan sehingga sebelum sembahyang sunat hari raya.
d) Waktu makruh adalah selepas sembahyang hari raya sehingga tibanya waktu maghrib.
- selepas tu takde lah...
2. Kadar bayaran.
a) kadar bayaran mengikut harga asal iaitu 1 gantang beras baghdad makanan asasi seperti beras atau gandum.
b) Mengikut sukatan /timbangan sebanyak 2.27 kg
c) Nilai kadar semasa yang telah ditetapkan oleh majlis agama islam negeri setempat.
Semoga kita sama-sama menunaikan ibadah wajib ini kerana hakikat kewajibannya seperti firman Allah yang bermaksud: Ambillah sebahagian dari harta mereka itu menjadi sedekah supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) . Selamat hari raya aidil fitri Maaf zahir batin.
No comments:
Post a Comment