Monday, November 23, 2009

ANGKARA SEEKOR TIKUS

Pada hari isnin lalu, sekor tikus ni dah tersepit dicelah aircond pejabat. Rasa-rasanya tikus ni dah tersilap masuk melalui lubang aircond pejabat. Gara-garanya, makcik tukang sapu takut nak kemas pejabat saya. Nak taknak terpaksalah panggil seorang penangkap tikus yang tak bertauliah untuk menanggalkan kepalanya yang tersepit dicelah aircond.
Kebetulan ada anggota airforce yang nak temuduga kahwin telah dipaksa dengan relanya untuk menjalankan projek melepaskan kepala tikus yang tersepit. Kejadian ini mungkin boleh memberikan peringatan kepada tikus-tikus lain agar tidak menceroboh pejabat pegawai agama semasa ketiadaan beliau dipejabat. Akhirnya tikus tersebut telah dilepaskan dengan harapan tidak lagi melakukan pencerobohan......

1 comment: