Monday, November 23, 2009

KIAMAT 2012? ATAU SATU AGENDA.....


Setelah keluarnya fiem terbaru berkenaan dengan pengakhiran dunia (kiamat) terbitan colombia pictures, hasil garapan yang baik dengan berpandukan kepada kajian daripada kelendar mayan iaitu sekumpulan suku maya yang mempunyai kemahiran dalam bidang matematik dan astronomi. mungkin kita akan tertanya-tanya juga akan kebenaran diantara tarikh 2012 iaitu ramalan kiamat sehingga ia menjadi perdebatan hangat dikalangan saintis, ahli paranormal, ahli agama dan sebagainya. namun jika kita perhatikan secara ilmiah serta mengkaji dari sudut pandangan islam, tanda-tanda akhir zaman iaitu kimat maka kita mungkin akan dapat jawapan yang mana ia hanyalah sekadar ramalan semta-mata. namun, jangan dilupai juga bagaimana saintis yang berusaha mengkaji letupan lohong hitam yang mana pakar-pakar barat yang sedang cuba mengkaji bagaimana cuba membentuk keadaan bigbang pada skala kecil dalam terowong itu yang mana menghentam dua partikel proton hampir kepada kelajuan cahaya bersamaan 300,0000 kilometer sesaat lalu menghasilkan projek yang dikenali sebagai large hadron collider oleh CERN yang mendapat kecamatan yang amat hebat.

apa yag membimbangkan ditakuti kajian ini akan mengakibatkan semua jirim yang berbentuk bintang ditarik keluar menghasilkan satu tarikan graviti yang kuat sehingga berupaya menyedut semua benda termasuk cahaya. kegilaan para saintis untuk mengkaji semula kesahihan teori big bang ini dikhuatiri akan menyebabkan keadaan bumi terjejas.

berbalik semula dengan teori atau ramalan kiamat ini, cuba kita merujuk pula kepada kacamata islam yang mana tidak meletakkan satu tarikh yang pasti terjadinya kiamat. namun begitu, islam telah menggariskan beberapa tanda-tanda awal berkenaan dengan kiamat dengan mendatangkan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar. namun apa yang pastinya kiamat pasti berlaku, dan bila tarikh berlakunya hanya dalam pengetahuan Allah SWT semata-mata. walaubagaimanapun kita sebagai umat islam harus memperakui akan hadirnya kiamat dengan tanda-tanda awal yang amat dahsyat. namun yang lebih penting dari itu adalah persiapan kita menghadapi alam kematian kerana itulah yang paling hampir kepada manusia kerana umur manusia yang amat pendek iaitu kira-kira 60 ke 80 tahun sahaja sedangkan umur bumi yang menjangkaui jutaan tahun masih lagi tidak diketahui penghujungnya. Ramalan 2012 adalah sekadar ramalan, sekiranya kita masih mempercayainya akan menyebabkan manusia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali kelekaan semata-mata. Insaflah ketika waktu taubat masih terbuka..

No comments:

Post a Comment