Sunday, November 22, 2009

PERJALANAN KE KUCHING SARAWAK















Pada 18 Nov yang lalu saya dengan rombongan MTU telah menghadiri mesyuarat koordinasi pertama program semarak rohani Peringkat TUDM dan Tentera darat bersama-sama 1 Div yang berlokasi di Pangkalan udara Kuching. Perjalanan yang pada mulanya bermula pada 1400 telah ditunda pada 1530 kira-kira satu 1/2 jam setelah terdapat gangguan daripada keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. sepanjang perjalanan agak kurang memuaskan kerana keadaan yang berawan namun perjalanan lancar sehingga sampai ke Airport Kuching.

Perjalanan balik pula pada 20 Nov 2009 jam 1250. Pejalanan pulang ke KLIA pula tidak mengalami sebarang penundaan waktu. Kami selamat sampai ke KLIA pada jam 1430H. Perjalan diteruskan dengan menaiki KLIA ekpress iaitu perjalanan dengan keretapi tanpa henti ke KL Sentral. Ini merupakan pengalaman pertama menaiki KLIA ekpress dengan bayaran RM 35 sehala sesuai dengan perkhidmatannya yang senyap dan pantas yang hanya mengambil masa selama 25 minit kelokasi. berikut adalah titipan gambar perjalanan kami pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment