Monday, November 30, 2009

BALIK KAMPUNG....

Sehari sebelum hari raya aidil adha 26 Nov 2009 kami sekeluarga telah balik ke kampung dimana lokasi pertama kami ialah singgah sebentar melihat rumah kami di Pulai Impian Seremban. Perjalanan kami ke Melaka diteruskan selepas maghrib setelah siap mengemas rumah kami yang agak lama ditinggalkan. Sempat juga bertemu dengan jiran-jiran sambil bertanyakan khabar. Cuti berhari raya korban tahun ini agak berlainan sedikit kerana firt time bercuti semasa perkhidmatan. Sepanjang berkhidmat dengan angkatan tentera belum pernah bercuti dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti korban di Pasukan. Namun pada tahun ini, mengambil kira permintaan isteri dan anak-anak, ditambah pula dengan keinginan isteri yang kini berbadan dua yang ingin sekali menikmati juadah ibu di kampung maka dengan keizinan pihak pangkalan, ini merupakan cuti yang amat bermakna buat diri saya dan keluarga. Apa pun kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua rakan-rakan sekerja, staf KAGAT pangkalan, serta semua kaum muslimin dan muslimat..... labbaikalllah humma labbaik, labbaikala syarikalakalabbaik






No comments:

Post a Comment